Mung

Monday, October 9, 2017

Lagi Pusat Tahfiz Hangus Dijilat Api


Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 6:22 PM
Aras dua Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise hangus dijilat api.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kejadian kebakaran melibatkan asrama penginapan pusat tahfiz berlaku sekali lagi, kali ini menyaksikan Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise di Klang, Selangor hangus dijilat api, petang Isnin.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, kebakaran itu melibatkan asrama tahfiz dua tingkat yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.41 petang dan api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian.
Pihak bomba berusaha untuk memadamkan api yang berlaku di tingkat dua asrama berkenaan.

Penduduk setempat menyaksikan operasi memadam api oleh pihak bomba.
Difahamkan, ruang berkeluasan hampir 232 meter persegi di tingkat atas bangunan tersebut hangus sepenuhnya.
Seramai 20 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.
Tiga balai tersebut adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, BBP Kota Raja dan BBP Kapar.

No comments:

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...