Mung

Sunday, October 8, 2017

8 Benda Unik Untuk Dijadikan Hantaran Yang Jarang Dibuat Orang





Bila dah kumpul duit, tak kira la sama ada menabung atau main duit kutu, apa perkara first yang korang idamkan? Mestilah kahwin! Lagi lagi bila tengok member honeymoon dengan pasangan, bermanja manja di laman sosial. Mesti jealous kan?



Bila nak kahwin ni, macam macam perlu disediakan, contohnya hantaran untuk kedua belah pihak yang akan dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikutkan adat orang dulu dulu, hantaran ni tak lah banyak pun. Disebabkan peredaran zaman yang sangat advance, maka orang Malaysia ni pun makin kreatif lah dalam memberi hantaran dengan design yang cantik cantik. Jom kita tengok 8 barang hantaran yang unik dan pelik yang orang Malaysia pernah bagi dekat pasangan mereka, sampai kecoh lah dekat media sosial kita!

1.PS4, FIFA18 untuk 'kaki gamer'


Kalau lelaki dapat hantaran PS4, tak cari lain dah beb! Automatik jadi lelaki tersweet dan terbaik abad ini. Tak keluar lepak dengan kawan pun takpa lah! Ha gadis gadis yang nak kahwin tu, korang dah tahu kan macam mana nak "kunci" suami korang?

2. Aksesori motosikal atau kereta


Motorsikal dan kereta ni sangat sinonim dengan kaum lelaki. Jadi, memilih aksesori motosikal atau kereta sebagai hantaran tentunya pilihan yang bijak. Boleh bagi helmet, sport rim, atau apa saja lah!


Tak dinafikan kelihatan agak janggal bila bagi peralatan motor atau kereta sebagai hantaran, tapi sekali dah dapat, tak tinggal bini punya lah!

3. Perkakas atau bahan memasak


Setakat ini, barang hantaran ni lah yang paling rare selain memberi makna yang mendalam. Bila dah ada periuk, lesung batu, pingan mangkuk, bahan memasak tu faham faham lah suami korang tu nak korang rajin memasak kat rumah. Takkan hari hari nak makan luar kan? 

4. Haiwan peliharaan



Ala cute nya bagi haiwan peliharaan sebagai hantaran! Setakat ini, ni lah hantaran paling comel antara banyak banyak hantaran. Setuju tak?


Cute habis bila dulang hantaran yang direka dengan cantik, dihiasi dengan seekor kucing diatasnya. Unik kan?

5. Buah buahan dan sayur sayuran


Yang bagi hantaran macam ni, mungkin pasangan mereka tu jenis suka makan buah kot. Ada yang bagi hantaran durian, pisang setandan dan sayur sayuran seperti petai. Ada yang bagi ulam ulaman jugak!



6. TV LED


Bagus jugak idea bagi TV LED sebagai hantaran ni. Untuk kegunaan masing masing jugak kan? Ada juga lah hiburan lepas balik kerja!

7. Selipar jepun. Serius lah?


Ini paling rare antara semua lah! Tapi betul juga, selipar jepun ni boleh digunakan ketika nak masuk tandas, takda lah korang jatuh tergelincir sebab licin. Ye dak? Nampak sangat pasangan korang tu caring!

8. Gitar 


Lelaki yang main gitar ni selalunya bisa mencairkan hati gadis mana mana sekali pun. Sesuai sangat lah bila gitar dijadikan sebagai hantaran. Kalau bini merajuk, korang tunjuk lah bakat korang main gitar tu. Bukan setakat bini hilang merajuk je, untung untung makin sayang pulak tu!

Macam macam betul idea untuk hantaran ni kan? Ternyata rakyat Malaysia memang kreatif kreatif belaka!

Ha macam mana? Korang dah ada idea nak bagi hantaran apa untuk majlis perkahwinan korang?

No comments:

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...