Mung

Friday, September 29, 2017

Penantian Filem Tombiruo





BERDEBAR-debar rasanya menantikan tarikh 12 Oktober bagi menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu tahun ini, iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba.

Bagi penulis novel thriller Nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid, dia sendiri berasa berpuas hati dan gembira dengan hasil filem ini.
Sebagai orang kuat dalam pembikinan filem itu, Ramlee sendiri telah melibatkan diri dalam proses penghasilan semenjak hari pertama penggambaran dijalankan.
“Selepas melihat hasilnya, saya gembira dan berpuas hati. Saya faham, sukar untuk menzahirkan sebuah novel dalam sebuah naskah filem tetapi Tombiruo memenuhi kehendak saya.
“Saya terlibat dengan filem ini semenjak awal. Mustahil untuk menceritakan semua isi novel untuk diterjemahkan dalam versi layar lebar,” katanya ketika ditemui oleh pihak Astro Gempak.
Selain itu, krew produksi juga berusaha sehabis baik agar kesemua isi kandungan utama novel tersebut terkandung dalam setiak babak-bakbak di dalam filem agar jalan ceritanya dikekalkan.
Bukan sahaja para penonton yang sudah tak sabar menunggu hari tayangan filem ini, malah Ramlee sendiri berasa gementar serta berharap agar orang ramai dapat menyokong filem ini.
“Sejujurnya, saya rasa gementar. Novel ini sudah bertapak hampir 20 tahun dalam hati peminat. Semenjak diterbitkan pada tahun 1998, ramai pembaca berharap agar novel ini difilemkan.
“Alhamdulillah, filem ini akan menemui penonton dan pembaca setia karya saya. Saya harap agar semua pihak dapat menyokong dan menerima karya ini,”tambahnya lagi.
Pada petang Rabu lalu, telah berlangsung Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo yang diadakan di MBO The Starling, Damansara, Selangor.
Ramai barisan artis turut sama hadir bagi menyaksikan filem hebat ini. Rata-rata mereka yang hadir turut teruja dengan hasil filem Tombiruo: Penunggu Rimba.
Filem yang diadaptasikan daripada karya novelis thriller No. 1 Malaysia ini bakal menemui anda semua di pawagam bermula 12 Oktober ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

No comments:

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...