Mung

Tuesday, August 1, 2017

Lirik lagu terbaharu Zulin Aziz yang sebenarnya bermaksud.....

Dengar khabar yang Zulin Aziz telah memuatnaik lirik video lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Datuk Jamal Abdillah. 

Namun lirik berkenaan sememangnya ada maksud tersendiri dan ianya memang ditujukan kepada seseorang yang berpura-pura baik di hadapan tetapi tikam di belakang.

"Tiada niat lain selain saya mahu individu tersebut terasa dengan perbuatannya yang pada saya sangat hipokrit. Saya harap dia tengok posting tu.

"Apa-apa pun, status tersebut juga boleh bersifat umum kerana saya percaya bukan saya seorang melalui situasi kawan sendiri tikam belakang," katanya.

Menerusi lirik video berdurasi 52 saat tersebut dia turut menulis keterangan iaitu: "Jika pernah kau memfitnah, sengaja menyakitkan hati, melaga-lagakan kami, busuk hati, fikiran kotor, hasad dengki. Aku sudah maafkan kamu...
"Saya tidak mahu ulas secara peribadi siapa yang saya maksudkan. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas," katanya lagi kepada mStarOnline.

No comments:

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...