Mung

Thursday, July 6, 2017

Berita mengejutkan daripada Roy Azman




Takziah diucapkan kepada pelakon Roy Azman untuk memiliki zuriat bagi anak kelima tidak kesampaian apabila isterinya Fyda Razali disahkan mengalami keguguran.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Fyda, 36, menerusi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang dimuatnaik di laman Instgramnya pada Rabu.
"Innalillah... tujuh minggu aje dia ada dalam rahim (anak kelima). Baru balik dari klinik setelah beberapa hari alami pendarahan," tulisnya.

Tambahnya lagi, biarpun begitu sedih dengan berita ini, dia dan suami terpaksa reda dan menganggap ia belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata kelima.

"Hari ni gugur betul dah dia. Bila dah bersedia...inilah dikatakan takdir. Bila tak nak ada, bila nak... takde dah... takde rezeki. Mulalah berpantang apa yang patut. Nak cari tukang urut... sabor ajelah," tulisnya lagi sambil berharap akan ada himmah di sebalik apa yang berlaku

No comments:

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...