Mung
Wednesday, June 14, 2017
Pujuk Berlakon Semula..Penerbit TERKEJUT Syarat Azmil Mustapha Tak Masuk Akal !!!
May 18, 2017 admin
Siapa tidak kenal dengan bekas pelakon popular suatu masa dulu Azmil Mustapha ni kan. Namun sekarang dia sudah meninggalkan dunia lakonan, namun hingga sekarang ramai penerbit masih memujuk beliau untuk berlakon hingga ditawarkan 10K sehari,namun permintaan Azmil ni memang WIN…
Pujuk Berlakon Semula..Penerbit TERKEJUT Syarat Azmil Mustapha Tak Masuk Akal !!! |Shah Alam: Pelakon era 80-an yang kini aktif sebagai penceramah bebas Azmil Mustapha mengakui pernah mendapat tawaran RM10,000 sehari bagi membintangi sebuah drama.
Bagaimanapun, Azmil, 64, menolak tawaran itu disebabkan prinsipnya yang tidak mahu lagi membabitkan diri dalam bidang hiburan.
“Kalau nak tahu sejak dua tahun lalu saya masih medapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka.
“Saya menolak dengan cara baik tetapi mereka tetap datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari.
“Mendengarkan syarat itu, mereka terus menolak. Bukan saya nak mempermainkan mereka, tetapi itu saja cara berhemah yang boleh membuatkan mereka berhenti memujuk saya,” katanya.
Azmil berkata, dia tidak pernah berasa rindu terhadap bidang lakonan yang pernah mempopularkan namanya satu ketika dulu antaranya filem Mekanik dan Ali Setan.
“Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem Puteri Gunung Ledang pada 2004. Saya menerima tawaran itu pun selepas penerbit dan pelakonnya, Tiara Jacquelina bersetuju dengan 10 syarat yang ditetapkan.
“Saya terima tawaran itu kerana Tiara adalah kenalan lama saya dan pada masa sama Datuk M Nasir turut berlakon di mana saya memang meminatinya. Selepas itu hinggalah sekarang saya terus berhenti berlakon.
Bagaimanapun, jika ada tawaran membabitkan penerbitan dokumentari Islamik, dia bersedia untuk terbabit sama. HarianMetro<div id="SC_TBlock_360616" class="SC_TBlock">loading...</div>
<script type="text/javascript">
(sc_adv_out = window.sc_adv_out || []).push({
id : "360616",
domain : "n.ads1-adnow.com"
});
</script>
<script type="text/javascript" src="//st-n.ads1-adnow.com/js/adv_out.js"></script>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesihatan
Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba
BEKAS juruhebah ERA FM dan Pengurus Kandungan THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...
-
Pasti anda mengenali Saiful yang popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3. Selepas tamat program itu, Saiful tampil dengan lagu s...
-
Mengapa Hamid Ghurka tidak diberikan gelaran Datuk? Pelakon vetaran yang kini mencecah usia 85 tahun itu sememangnya sangat di...


No comments:
Post a Comment