Mung

Thursday, June 15, 2017

45 Ribu Pelita Raya Bakal Hiasi Terengganu






SEBANYAK 45 ribu pelita bakal dinyalakan di empat daerah Terengganu sempana pertandingan pelita raya Beautiful Terengganu 2017.



Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, ianya sejajar dengan  hasrat kerajaan untuk mempromosikan negeri ini dengan pelbagai acara di musim perayaan.

Katanya, pertandingan yang bakal  berlangsung pada 16 Jun ini di Daerah Kemaman iaitu di Kampung Air Putih dan Besut di Kampung Beris Lampu.

“Manakala di  Kuala Terengganu, di Kampung Sekati dan Kuala Nerus di Kampung Padang Hangus akan berlangsung pada 19 Jun ini.

“Setiap daerah penyertaan mesti tidak kurang dari 100 penyertaan dan setiap satu penyertaan  perlu menyalakan 100 pelita.

“Hadiah bernilai RM3000 disediakan untuk pemenang tempat pertama, RM2000 utk tempat kedua, RM1000 untuk tempat ketiga, manakala enam hadiah berikutnya bernilai RM500 dan hadiah saguhati untuk tempat ke-11 hingga 15 bernilai RM300.

Selain itu, di hentian rehat dan rawat Perasing juga ada hiasan pelita raya untuk mana-mana penguna LPT2 yang singgah dan berselfie denga n pelita di situ akan menerima cenderahati selepas memuat naik gambar selfie di laman media sosial.

No comments:

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...