Mung

Sunday, October 29, 2017

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba



BEKAS juruhebah ERA FM dan Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lalu sebelum disahkan menghidap demam denggi.
Suaminya, Hasrul Rizal Hassan berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan keluarga.
“Isteri meninggal dunia kerana demam denggi berpanjangan. Arwah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di sisi saya dan keluarga.
“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sekitar 12 tengah hari tadi,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum dimasukkan ke hospital, Nadira berada di Kota Bharu bagi sesi bertemu peminat bersama THR Gegar di sana dan demam namun meneruskan program itu.
Sebaik pulang ke ibu kota, suaminya terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke ICU, HKL.
Nadira antara penyampai awal di Era FM(1998) semasa saluran radio berkenaan baru saja enam bulan beroperasi.
Bagaimanapun, Nadira menamatkan khidmatnya di Era FM selepas sembilan tahun bersama apabila ditawarkan menggalas tugas sebagai Eksekutif Muzik di THR Gegar pada 2008.
Arwah meninggalkan suami, Hasrul dan lima anak.
Sementara itu, para peminat, ahli keluarga dan bekas rakan sekerja turut berkongsikan perasaan hiba mereka atas pemergian Nadira.
Lebih mengarukan, Akaun Facebook THR Gegar turut memuat naik entri yang menunjukkan anak bongsu Nadira iaitu Hasrul Rayyan Naim, 5, menangis kesedihan.
Mungkin untuk memujuk si kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu dalam usia yang begitu muda, Shah kelihatan mendukung kanak-kanak itu untuk melihat jenazah arwah ibunya.
Netizen turut terkesan dengan gambar itu, dengan majoritinya mengekspresikan perasaan hiba mereka melihat Rayyan menangis.
Kami turut bersimpati atas pemergian Nadira yan terkenal dengan celotehnya yang bersahaja dan ‘sempoi’. Al-Fatihah buat keluarga Allahyarhamha. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, October 26, 2017

3Teknik Pernafasan Untuk Wanita Hamil Supaya Kurang Rasa Sakit Ketika Bersalin



Buat bakal ibu di luar sana, mesti anda ternanti-nanti dengan kelahiran cahaya mata baharu kan? Ada yang merupakan pengalaman pertama melahirkan anak jadi masih kurang arif tentang soal kelahiran ini. Namun, kita juga dengar yang ramai orang cakap nak bersalin ni kesakitannya tu tak dapat digambarkan. Jadi takut la pula ibu-ibu yang baru pertama kali nak merasa ni. Jadi, ini teknik untuk anda kurangkan rasa sakit ketika bersalin berdasarkan perkongsian wanita ini.

HYPNOBIRTHING : TEKNIK BERSALIN TANPA SAKIT


http://www.slate.com/
Berbanding dengan kelahiran yang lalu, sepanjang mengandung kali kedua ini aku banyak menggali ilmu-ilmu berkaitan bersalin. Pengalaman pertama cukup serik buatku. Semua takdirku serahkan bulat-bulat kepada nurse dan doktor. Maklumlah bak kata orang tiada pengalaman bersalin dan sangkaanku bersalin itu mesti sakit, mesti macam nak putus nyawa dan mesti trauma. Aku cuba google mana lah tahu ada cara bersalin yang kurang sakit. Oh ya, bersalin yang pertama aku di-induce. Jadi pada yang pernah merasa induce boleh bayangkan bagaimana sakitnya contraction tanpa henti sehinggalah tiba waktu meneran.
Akhirnya aku terjumpa pasal hypnobirthing dalam blog seseorang, aku pun dah tak ingat. Dalam entri tu dia mencadangkan untuk dapatkan buku Hypnobirthing: The Morgan method. Daripada buku ini aku pelajari tentang teknik breathing (pernafasan).

 3 JENIS TEKNIK BREATHING

1. SLEEP BREATHING


www.mumsnet.com
Tarik nafas 1-10 dan lepaskan dalam kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk supply oksigen yang cukup kepada baby. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan jadi gelabah dan takut. Jadi cuba bertenang bila contraction datang.

2. BALOON BREATHING


http://www.nursingshow.com/
Tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon, tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan kedalam belakang tekak kita seperti dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga. Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze). Ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan dan melambatkan kelahiran.
Fikirkan LET IT GO! LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.

http://pregnancy.lovetoknow.com/
Facial expression: muka jangan berkerut. Rahang kita ada kaitan dengan pembukaan serviks kita. Buat muka ketat, serviks kita pun akan mengetat. Muka senyum. Bila surge tu datang, aku akan tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ku kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation. My body is strong! i am strong mother! My baby is good!

3. BIRTH BREATHING


www.motherrisingbirth.com
Tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 1-20 dan lepaskan kedalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit. Cubalah! pasti tak buasir . Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.

JANGAN TAKUT


www.everydayfamily.com
Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dimomokkan dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormon Endorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.
*Semoga dapat membantu!

Mengapa Hamid Ghurka tidak diberikan gelaran Datuk?

Mengapa Hamid Ghurka tidak diberikan gelaran Datuk?

Mengapa Hamid Ghurka tidak diberikan gelaran Datuk?
 Pelakon vetaran yang kini mencecah usia 85 tahun itu sememangnya sangat dikenali ramai ekoran lakonannya yang penuh jenaka dan sangat menghiburkan.
Namun jika menyebut Hamid Gurkha, pasti secepat kilat fikiran dapat menangkap figura bertubuh kecil dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat.
Malah tidak salah rasanya jika menggelar beliau antara ‘otai lawak’ paling berpengaruh di Malaysia.
Namun seperti yang diketahui umum, baru-baru ini beberapa penggiat seni tanah air telah menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Antara selebriti yang dimaksudkan adalah pelakon Eizlan Yusof atau Idris Md. Yusof yang menerima gelaran Datuk Seri.
Manakala pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.
Bukan ingin mempertikaikan namun apakah sumbangan besar kedua-dua pelakon ini dalam industri seni tanah air sehinggakan dianugerah darjah kebesaran berkenaan?
Jika dilihat dalam konteks mengharumkan industri seni, jujurnya skor yang boleh diberikan adalah ‘sedikit’ berbanding pelakon-pelakon vetaran yang telah lama berkecimpung dalam industri.
Dek kerana itulah, bagi kami antara individu yang lebih ‘berbaloi’ dan sepatutnya menerima darjah kebesaran berkenaan adalah insan seni bernama Hamid Gurkha.
Mungkin ramai yang tidak mempersetujui namun Hamid Gurkha atau lebih mesra dipanggil Pak Hamid ini sebenarnya masih bergiat aktif dalam bidang seni sehingga ke hari ini.
Antara filem-filem yang menjadikan beliau sering mendapat perhatian penonton adalah Main-Main Hantu, Sikit Punya Gila, Konstabel Mamat, Gila-Gila, Alamak Toyol, Jiwa Kacau dan Zombie Kampung Pisang.
Tahukah anda, ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tajuh tahun, bermula pada tahun 1950.
Menurut Pak Hamid, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas komunis.
Beliau yang pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.
Sehinggalah ke hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.
Baik untuk negara, baik untuk sebi semua beliau dah buat.
Artis hantar gambar kemaluan dapat Datuk, artis yang sepanjang hayat berjasa dari pelbagai segi dilupakan begitu sahaja!
Sumber: MYNEWSHUB.CC

Wednesday, October 25, 2017

AYAHANDA RANI KULOP BUKAN SEBARANG ORANG. NI KALAU DATO’ SERI VIDA TAU MESTI MENYESAL REJECT DIA MENTAH-MENTAH

Bila disebut ‘kipidap’ sahaja, pasti ramai yang sudah dapat tahu siapakah yang dimaksudkan. Namun sejauh mana anda mengenali beliau?
Digelar sebagai Ayahanda Rani atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah, juga dikenali dengan nama ‘kipidap’ dikalangan kanak-kanak.
Berusia 60 tahun, mula dikenali setelah perkataan keramat ‘kipidap’nya itu menjadi viral dikalangan nitizen masa kini.
Dan setiap kali perkataan itu diucapkan, pastinya gambaran wajah lelaki ini akan muncul difikiran anda.
Mungkin ramai yang mahu mengetahui kenapa ‘tagline’ itu dipilih beliau.
“Asalnya ‘keep it up’. Pada mulanya ayah tengok satu cerita dalam tv, ada sebuah kereta itu akan mengeluarkan bunyi ‘keep it up’, jadi anak ayah pun ikut sebut kipidap… kipidap…”
“Sedap juga dengarnya, ayah tanya orang apa itu kipidap, lepas itu mereka kata ‘keep it up tu’ maknanya teruskan.. jadi di situlah mula cerita kipidap tu,”katanya.
Berketerampilan unik dengan berkaca mata hitam, berambut kerinting paras bahu dan beruniform sebagai identitinya tersendiri, ayahanda kipidap tidak kisah jika penampilannya itu dijadikan bahan jenaka dikalangan masyarakat.
Jelasnya itu sesuatu yang membanggakan, sekurang-kurangnya masyarakat peka dan tahu akan kewujudannya.
Namun tidak ramai yang tahu pemilihan pakaian seragam yang disematkan Raja Report Malaya ini mempunyai cerita disebaliknya.
Ayah kipidap yang juga pengerusi Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), merupakan bekas anggota tentera platun khas risik gempur barisan hadapan yang berjuang menentang komunis di zaman darurat 42 tahun yang lalu.
“Komunis membuat ambush dimana kami telah mengikut jejak mereka pada tanggal 12 Jun 1976 di Gua Musang mengakibatkan pasukan saya, seorang terkorban kerana ditembak di bahagian kepala dan perut, manakala dua yang lagi cedera.
Melalui pengalaman dalam mempertahankan negara itu, bekas pegawai waran 1 ini masih setia untuk memperjuangkan negara walaupun beliau kini tidak lagi berkhidmat secara langsung seperti dahulu.
“Pingat-pingat yang saya dapat masa perkhidmatan dan sebagainya, saya kenakan pada pakaian uniform ini,”katanya.
Sungguh pun tempoh perkhidmatan beliau sebagai tentera telah tamat, namun darah pejuang yang mengalir ditubuhnya tidak terhenti begitu sahaja.
Mengambil initiatif untuk terus memperjuangkan dan mempertahankan negara dan bangsa, Ayah Rani memilih untuk tampil memainkan peranan dalam membuat laporan polis berdasarkan pemantauan dan penilaian beliau terhadap isu-isu semasa yang dirasakan boleh menggugat perpaduan.
“Saya buat ‘report’ untuk meredakan keadaan. Apabila saya buat ‘report’ berkenaan hasutan, fitnah, memburuk-burukkan, menghina, dan saya siarkan dalam facebook, mereka yang berasa marah akan jadi lega.
Maklumlah kita buat kerja ‘report’ hal orang, mestilah orang marah. Tetapi saya yakin dan percaya apa yang saya buat ini kerana Allah ta’ala,”katanya.
Memiliki darah pejuang bukan bermakna beliau seorang yang garang kepada keluarganya, sebaliknya Ayahanda Rani Kulop merupakan seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anak.
Hasil perkahwinannya bersama dua orang isteri, Zaleha Talib dan Nor Sharijan Mohammad, beliau kini dikurniakan sembilan orang cahaya mata bersama 12 orang cucu.
Disebalik muka garang yang terpancar di wajah bekas pejuang ini, tidak ramai yang menyangkan beliau juga merupakan seorang anggota kumpulan muzik tanah air, yang dikenali dengan nama ‘sometimes group’.
“Kami pernah membuat album pada tahun 2010 dengan lagu-lagu ciptaan saya, lirik pun saya, dan penyanyi pun saya, pemuzik pun saya. Di dalam album yang berjudul ‘Tutup Pintu Tapi Tak Berkunci’ tersebut ada lima buah lagu ciptaan saya yang berkonsepkan irama pop yeh-yeh dan 60-an.
“Dan sekarang saya ada 10 buah lagu lagi yang akan dialbumkan,”katanya.
Selesa menggunakan nama ‘Arka’ sebagai nama pentas, kerjayanya sebagai anak seni dalam mewarnai dunia hiburan tidak pernah putus dan untuk abad ini.
Bakal muncul berduet bersama penyanyi Radhi OAG, ayahanda Rani bakal muncul dengan sebuah lagu yang berjudul ‘kipidap’ tidak lama lagi.
sumber: http://awanggoneng.com

'Dia suruh kami kurung Syafiq (autism) di rumah, mana akal fikiran pakcik?'


KUALA LUMPUR - Sudah sekian lama bersabar, akhirnya wanita ini meluahkan juga rasa kekesalan di hati dek tindakan seorang penduduk di kawasan kejiranan yang memarahi adik lelakinya (autism - lemah dalam pembelajaran) kerana melaungkan azan di surau, yang dianggap tidak sah. 

Hati ahli keluarga mana yang tidak terguris dengan adanya individu berkenaan, sedangkan dia dan semua penduduk kampung sudah kenal serta faham bahawa Syafiq, 25, adalah anak istimewa. 

Salahke anak istimewa laungkan azan walaupun salah? Tetapi dia mencuba dari yang cukup sifat akal fikirannya buat tak tahu sahaja bila tiba waktu, even bilal tak ada nak mengazankan. 

Nama pun anak istimewa, pakcik. Dia tak dihisab malah ada pass free saja ke syurga firdausi. Setitik air mata ibu saya gugur, kami adik-beradik memang tak redha! Mungkin ini bahagian kami sekeluarga, inshaAllah bahagian pakcik kita tak tahu apa Allah SWT nak bagi. Semoga Allah SWT merahmati keluarga pakcik. 

Kami sentiasa mendoakan pakcik akan dikurniakan cucu istimewa seperti adik kami supaya pakcik dapat menghayati betapa besarnya pengorbanan ibu menjaga anak istimewa ini. 

Disuruhkan kami kurung dia di rumah. Mana akal fikiran pakcik ye? Takkan kami nak rantai kaki tangan dia? Dia juga manusia, perlu bergaul. Nanti bila kami semua dah tiada, macam mana dia nak survive? 

Dulu bagi alasan sembahyang dia tidak sah, tak boleh campur saf dengan yang lain kononnya solat lain-lain pun jadi tak sah. Allahuakbar! Puas sudah kami bersabar, dari adik kecil sampai sekarang orang yang sama dengan pelbagai complaint. 

Apa yang sebenarnya pakcik nak pun kami tak faham. Sekali lagi kami memohon maaf kepada seluruh penduduk Jalan Enggang. Ini permintan pakcik itu yang menyuruh ibu dan ayah mohon maaf secara terbuka kepada semua penduduk Keramat. 

Baiklah pakcik, saya post di sini sebab ramai juga penduduk Keramat dalam friendlist saya ini. Jika laungan azan adik saya itu mengganggu atau ada pihak yang berasa kurang selesa, inshaAllah kami cuba perbetulkan dan berharap perkara ini tidak berulang lagi. 
Saya pasti Syafiq berniat baik dan bukan nak mempermainkan laungan azan itu. Diharap anda semua dapat memaafkan dan mendoakan yang baik-baik untuk adik istimewa saya ini. 

Tulis Gee Fauzie di Facebooknya 24 Oktober lalu. 

Ketika dihubungi The Reporter sebentar tadi, Gee menjelaskan dia hilang rasa hormat pada pakcik berkenaan selepas mengetahui apa yang berlaku pada adiknya, Syafiq. 

"Dia sentuh adik saya kali ini. Itu yang membuatkan saya hilang rasa hormat pada dia. Dia cuma tolak adik saya, tapi tak apa sebab kami faham dia tidak mahu adik saya sambungkan lagi azan itu," katanya. 

Menurut Gee, adiknya memang akan pergi ke surau setiap kali tiba waktu solat. Namun pada hari kejadian, bilal surau tiada menyebabkan adiknya menjadi gelisah.

"Setiap kali tiba waktu solat, dia memang akan berada di surau. Syafiq autism memang jenis yang mengikut rutin. Tetapi bilal surau tak datang, dia menjadi gelisah. Kami pula terlepas pandang dia, tahu-tahu dengar suara dia berkumandang. 

"Kami dengar macam okey, tapi bila bahagian 'Haiyya alassola' dia ulang-ulang 10 kali sebab terlupa. Itu yang kami terus bergegas ke surau. Tengok-tengok dia dah kena marah. Adik saya dah terduduk di lantai. 

"Kami peluk dia dulu sebab autism akan bertindak agresif kalau orang lain berkasar dengan dia. Dia bersifat protective. Kami terus bawa dia balik dan adik perempuan saya dah minta maaf pada semua.

"Malam itu, waktu maghrib pun kami datang lagi berjumpa dengan bilal dan meminta maaf di atas kejadian itu. Kami juga meminta bilal sampaikan permohonan maaf kami kepada jemaah. 

"Kami ingat perkara ini dah selesai. Tetapi lelaki itu seolah-olah nak memanjangkan perkara ini. Sampai ayah saya dah minta maaf secara peribadi kepada dia sebab tahu dia marah sangat. 

"Tetapi dia pula suruh ayah saya minta maaf kepada seluruh penduduk. Saya pun tak faham, dia sepatutnya faham keadaan Syafiq macam mana sebab kami sudah lama berjiran," katanya. 

Difahamkan, Syafiq tidak mengalami sebarang masalah selepas kejadian itu. Namun apa yang menyedihkan, ibunya menangis mengenangkan apa yang berlaku. Menurut Gee, itu bukan kali pertama perkara itu berlaku. 

Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua dugaan ini. 
Sumber- Gee Fauzie

Monday, October 23, 2017

Bas Depan Berhenti Tengah Jalan - Pemandu


  (Ubah saiz teks)
PEMANDU bas ini menceritakan detik-detik cemas kemalangan yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Juru, Pulau Pinang pada awal pagi Selasa.
Salah seorang daripada mangsa yang maut adalah rakyat tempatan.


Sumber=mstar

Mangsa kemalangan bergelimpangan di tepi lebuh raya





Kemalangan
Foto: Media sosial
BUKIT MERTAJAM 24 Okt. - "Saya nampak banyak mayat dan mangsa kemalangan bergelimpangan di tepi lebuh raya sebaik turun dari bas," kata seorang mangsa nahas bas kilang di kilometer 147 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.
Nor Shakirah Ishak, 40, berkata, namun apa yang paling meruntun jiwanya ialah rakan sekerja yang paling rapat dengannya, Noriah Kasa, 40,  turut maut dalam kejadian itu, namun tidak terpelanting keluar seperti mangsa lain.
"Saya sedang tidur (dalam bas) sebelum terdengar dentuman kuat dan pemandu bas mengarahkan kami semua turun segera daripada  bas melalui pintu belakang," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Seberang Jaya di sini.
Nor Shakirah, yang bekerja di sebuah kilang di  Bayan Lepas berkata kejadian pada pukul 6 pagi itu berlaku terlalu pantas apabila bas dinaikinya yang dalam perjalanan dari Parit Buntar ke tempat kerja, tiba-tiba melanggar sebuah bas kilang pekerja di hadapannya.
"Bas kami tidaklah laju sangat namun bas di hadapan rosak dan berhenti di tepi jalan...mungkin sebab bas depan tak pasang lampu menyebabkan pemandu bas kami tak perasan kehadiran bas itu," katanya yang hanya cedera ringan di muka dan kaki,Dia yang tidak dapat menahan sedih, berkata rakannya yang meninggal itu adalah teman baiknya sejak dia bekerja di kilang itu tujuh tahun lepas.
"Selalunya dia lebih suka duduk di bahagian tepi berdekatan pemandu tapi kali ini dia tiba-tiba duduk di hadapan saya," katanya dan menambah ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 pekerja kilang yang turut menaiki bas itu.
Seorang lagi mangsa dari bas yang sama, Nur Hidayah Sulaiman, 37, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum masing-masing menjerit ketakutan kerana bimbang bas dinaiki terbalik.
"Saya duduk di bahagian belakang...selepas melanggar bahagian belakang sebuah bas di kiri lebuh raya itu, bas bergegar dan terhoyong-hayang sebelum ke arah kanan jalan, ada penumpang yang terpelanting dalam bas.
Keadaan waktu itu kelam kabut dan semua menjerit kerana takut dan cemas. Sebaik turun dari bas saya nampak banyak mayat bergelimpangan dan mangsa yang cedera," katanya.
Beliau yang bekerja di kilang itu sejak 10 tahun lepas hanya luka dan lebam di tangan, kepala dan badan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya.-BERNAMA

Saturday, October 21, 2017

Tidak naik tol boleh risikokan keselamatan jalan raya

tol
Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR - Tawaran untuk tidak menaikkan tol selama tempoh 20 tahun menerusi pembidaan pengambilalihan Lebuhraya Utara Selatan  (PLUS) boleh merisikokan keselamatan jalan raya kerana ia akan menyukarkan untuk membiayai peningkatan ketara kos penyenggaraan, demikian menurut seorang pakar keselamatan pekerjaan.
Dr Mohamad Syazli Fathi, Timbalan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  Universiti Teknologi Malaysia, skeptikal dengan tawaran itu dalam keadaan peningkatan berterusan harga kos bahan mentah, terutamanya bitumen dan simen.

Ini, ditambah dengan kenaikan kos penyenggaraan dan operasi akan menjejaskan apa juga pendapatan tambahan yang diperoleh daripada peningkatan trafik sepanjang lebuh raya sejauh 772 kilometer itu yang merentangi semenanjung Malaysia, katanya.
"Ada yang perlu dilepaskan sekiranya tiada kenaikan tol, sekali gus merisikokan keselamatan jalan raya,” katanya kepada  Bernama dalam perdebatan umum mengenai rancangan oleh Maju Holdings Sdn Bhd yang mengumumkan bidaan berjumlah RM36  bilion untuk mengambil alih PLUS daripada pemiliknya sekarang, UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menerusi bidaan itu, Maju Holdings menyatakan ia tidak akan menaikkan bayaran tol bagi tempoh 20 tahun.
Dr Syazli, yang mengetuai Kumpulan Penyelidikan Kualiti Pembinaan dan Penyenggaraan (CQM) universiti itu berkata penyenggaraan lebuh raya utama seperti PLUS tidaklah semudah seperti yang disangkakan oleh orang ramai memandangkan hakikat bahawa semakin rancak aktiviti ekonomi dan pembinaan dengan pembukaan kawasan-kawasan baharu, kesan alam sekitar akan menjadi lebih buruk dengan penggunaan lebuh raya yang terlalu kerap.
Apa yang tidak disedari oleh ramai orang ialah perubahan iklim yang boleh menjadi lebih ketara pada masa depan, katanya.
"Sebagai contoh, biasanya apabila kita memperkatakan mengenai banjir yang berlaku saban tahun kita hanya memikirkan negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan danTerengganu. Tetapi kini banjir juga berlaku di Johor, Kedah dan beberapa negeri lain," katanya.
PLUS juga terpaksa menanggung kos tinggi untuk penurapan dan penyenggaraan pelbagai cerun dengan menggunakan kaedah teknologi terkini seperti penggunaan sensor (pengesan) yang menjadi semakin mahal.
Pengguna lebuh raya juga perlu mengambil kira perkara ini untuk melihat kewajaran mengapa kenaikan tol tidak boleh dielakkan.
"Meskipun semua ini, PLUS hanya menaikkan tol sebanyak 5.0 peratus setiap tiga tahun sekali berbanding sehingga 40 peratus oleh 17 pemegang konsesi lain dan tidak pernah menaikkan tol sejak 2005. Saya percaya mereka boleh berbuat demikian kerana UEM dan KWSP merupakan entiti milik kerajaan.
"Jadi ia perlu kekal dalam kawalan kerajaan dan dan demi kepentingan 14.5 juta ahli KWSP yang mendapat manfaat daripada pelaburan ini," kata Dr Syazli. - Bernama

Kesihatan

Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba

BEKAS juruhebah  ERA FM  dan Pengurus Kandungan  THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...