Menurut Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Suzieyati Siyude , kakitangannya telah pergi ke rumah waris Muhammad Adrian Aiman Mohd Rasmin, 8, di Kampung Benting Lintang semalam.
Jelas Suzieyati juga, keluarga mangsa didapati layak untuk memohon bantuan menerusi tabung tersebut dan mereka perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan kematian, laporan perubatan dan juga pengesahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Bagi kes seperti ini keluarga atau waris layak memohon dan mereka boleh menerima bantuan di bawah tabung ini sehingga maksimum RM20,000,” ujarnya.
Menurut Suzieyati, waris seorang pemandu traktor pembajak, Mohamad Ishak yang maut akibat serangan tebuan pada Ogos tahun lalu juga telah memperoleh sebanyak RM20,000.
Tambahnya, lebih kurang empat tahun lalu seorang kanak-kanak yang maut akibat serangan haiwan sama ketika membonceng motosikal bersama ibunya di Kampung Pengkalan Nyireh turut mendapat bantuan dalam jumlah sama.
“Selepas semua dokumen yang diperlukan lengkap, pihaknya akan memproses permohonan tersebut dan bantuan ini adalah sumbangan kerajaan terhadap waris mangsa,” jelasnya.
Selain serangan tebuan, mangsa serangan haiwan buas lain juga boleh mengemukakan permohonan dan jumlah sumbangan bergantung dengan tahap kecederaan mangsa.
Sumber- GPS BESTARI

No comments:
Post a Comment