Ganas betul budak zaman sekarang. Seorang murid tahun satu meninggal dunia setelah di belasah oleh seorang senior di sebuah asrama sekolah rendah. Senior tersebut hanya berusia 12 tahun.
Mangsa pula hanya berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sibu pada jam 3.30 petang semalam akibat kesan trauma dibelasah pelajar senior tersebut.
Bapa mangsa telah menerima panggilan dari seorang guru yang memberitahu anaknya itu tidak sedarkan diri dan telah dimasukkan ke hospital berkenaan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal berkata mangsa meninggul dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital.
Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 12 tahun itu bertindak secara agresif sehingga menumbuk dan menendang mangsa selepas berang mangsa dikatakan mangsa mengejek bapa suspek.
Suspek berusia 12 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan direkodkan kerana masih di bawah umur dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - www.kakishare.my

No comments:
Post a Comment