Mung
Monday, July 3, 2017
KANTOI RAKAM VIDEO WANITA BUANG AIR KECIL DALAM TANDAS, WARGA ASING RAYU DILEPASKAN
GURUN, KEDAH – Alangkah terkejutnya seorang wanita berusia 24 tahun bila mendapati dirinya yang sedang membuang air kecil di tandas, dirakam oleh seorang lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 9.45 malam semalam, di tandas sebuah stesen minyak, hentian Rehat & Rawat (RnR) Gurun, arah selatan, mangsa ternampak sebuah telefon bimbit berwarna hitam di bahagian atas tandas sedang merakam dirinya.
“Semasa saya sedang membuang air kecil, saya ternampak telefon bimbit berwarna hitam di bahagian atas tandas yang sedang merakam saya membuang air kecil. Saya terus menjerit dengan sekuat hati.
“Ayah saya menunggu di luar terdengar saya terus masuk ke dalam tandas dan berjaya menangkap lelaki itu,” kata mangsa.
Berikutan jeritan mangsa, bapanya berjaya menangkap seorang lelaki warganegara asing yang juga merupakan pekerja stesen minyak berkenaan.
Suspek bagaimanapun cuba merayu untuk dilepaskan. Namun tidak diendahkan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama. – The Reporter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesihatan
Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba
BEKAS juruhebah ERA FM dan Pengurus Kandungan THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...
-
Pasti anda mengenali Saiful yang popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3. Selepas tamat program itu, Saiful tampil dengan lagu s...
-
Bila disebut ‘kipidap’ sahaja, pasti ramai yang sudah dapat tahu siapakah yang dimaksudkan. Namun sejauh mana anda mengenali beliau? D...


No comments:
Post a Comment