Mung
Sunday, June 18, 2017
Nak Bayar RM300 Untuk Program Malam Raya? Kau Ingat Ni Tahun 1972 Ke? – Tok Ram
Ramli MS -Tok Ram
Status yang dimuat naik oleh pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS di laman Facebook miliknya menjadi tular di media sosial.
Menerusi kemas kini status tersebut, Ramli meluahkan ada pihak produser yang menawarkan bayaran rendah untuk seorang artis hadir menyanyi di salah sebuah program yang bakal bersiaran di malam Raya.
“300 ringgit artis dibayar untuk malam raya TV program? Ni tahun 1972 ke? Kau sangat bangs*t! Kau patut dibuang kerja or ambil je Bangla kat Pudu tu nyanyi untuk TV program kau!
“Tips dari saya untuk artis-artis.. Kalau ada offer macam ni, jawab kat produser tu, aku bagi kau 300 ringgit kau jangan call aku lagi okay. Thank you,” tulis Ramli.
Status tersebut mendapat perhatian ramai penggiat seni yang bersetuju dengan pendapat Ramli.
Rata-rata penggiat seni tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang menawarkan bayaran terlalu murah kepada penggiat seni untuk muncul dalam sesuatu program.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesihatan
Tangisan Anak Bongsu Nadira Azizan Buat Netizen Hiba
BEKAS juruhebah ERA FM dan Pengurus Kandungan THR Gegar , Nadira Azizan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), ...
-
Pasti anda mengenali Saiful yang popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3. Selepas tamat program itu, Saiful tampil dengan lagu s...
-
Bila disebut ‘kipidap’ sahaja, pasti ramai yang sudah dapat tahu siapakah yang dimaksudkan. Namun sejauh mana anda mengenali beliau? D...


No comments:
Post a Comment